Bukarak wrote:Borneo wrote:Di mana kamurang beli hardware pc kamurang?
Kalau area KK sudah tentu di Karamunsing menjadi pilihan popular tetapi sekarang ni, pelanggan menghadapi masalah parking. Sudahlah berbayar parking pula terhad dan kebanyakan ruang dijadikan kedai di area kompleks Karamunsing ni.
Bagaimana pula area Keningau, Sandakan, Tawau dan tempat lain di Sabah ni?
Saya dari Tambunan pun kalau mo cari dan beli hardware pc pun kena turun p kk juga beli...mo harap di keningau...mahal ooohhh.Pernah sekali saya tanya satu kedai di keningau harga sata kabel (utk hardisk)...harga dia bg RM30....sedangkan harga sebenar yg pernah saya beli baru RM10...atau mngkn sekarang lg murah...

Ya kan tompinai...
Memang susah kalau tinggal area jauh daripada Kota Kinabalu ni. Kalau kebetulan pergi KK memang berbaloi untuk beli barangan dan perkakasan pc yang diperlukan. Lagipun, banyak pilihan perkakasan yang terdapat di KK terutama di area Kompleks Karamunsing.Sekarang ni pun kedai pc di KKaramunsing ni berlumba-lumba melariskan barangan mereka dan ada yang didapati menjual dengan harga lebih murah daripada yang lain.
Kita kena hati-hati juga semasa shopping perkakasan di K Karamunsing ni kerana terdapat kedai yang menjual barangan yang terlalu mahal berbanding kedai di sebelah. Sebagai contoh, beberapa bulan lalu saya telah pergi ke Tg 3 kedai berhampiran dengan Boulevard dan harga satu unit IDE cable dijual dengan RM 25 sedangkan di Boulevard hanya RM8 sahaja.
Hehehe...kalau area jauh daripada KK misalnya area tempat tompinai Bukarak ni...kalau harga mahal lebih kurang RM5 mungkin berbaloi kerana kalau kita sengaja pergi ke KK kita kena berbelanja minyak dsb tetapi lainlah halnya kalau kita kebetulan makan angin atau ada urusan di KK kan...hehehe...