NUNUK RAGANG, SABAH MALAYSIA ( RED BANYAN TREE )
Sokonglah laman web tempatan Sabah dengan cara mendaftar dan melibatkan diri dalam perbincangan forum Nunuk Ragang ini. Kalau bukan anda siapa lagi yang akan menyokong generasi kini? Bersama kita membina negeri Sabah yang maju dan makmur melalui perbincangan yang positif dan mudah-mudahan mampu meningkatkan minda generasi kini dan akan datang. Admin Nunuk Ragang

Kami adalah komuniti laman web yang prihatin terhadap perkembangan dan pembangunan minda rakyat Sabah secara positif demi generasi kini dan akan datang.


You are not connected. Please login or register

Pengalaman mengajar di luar bandar terpencil.

View previous topic View next topic Go down  Message [Page 1 of 1]

1 Pengalaman mengajar di luar bandar terpencil. on Mon Jun 23, 2008 9:48 am

Borneo


NunukRagang Moderators
NunukRagang Moderators
Kepada guru-guru yang pernah mengajar di luar bandar yang terpencil, kongsikanlah pengalaman anda sama ada yang manis atau pahit supaya boleh kita boleh berbual mengenai apa yang anda alami tersebut. Setiap masalah mesti ada penyelesaian dan saya yakin tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan jika kita berusaha.


_________________
Atagak Boros Atagak Kalansanan
View user profile

Borneo


NunukRagang Moderators
NunukRagang Moderators
Khabarnya, guru yang mengajar jauh di luar bandar yang tidak mempunyai kemudahan elektrik, jalanraya dan air layak menerima elaun RM1500 sebulan.


_________________
Atagak Boros Atagak Kalansanan
View user profile

mayangsari


New NR Members
New NR Members
Borneo wrote:Khabarnya, guru yang mengajar jauh di luar bandar yang tidak mempunyai kemudahan elektrik, jalanraya dan air layak menerima elaun RM1500 sebulan.

bayangkan perjalanan mengambil masa 1 hari utk sampai ke sekolah itu. berjalan kaki dengan naik turun beberapa buah bukit, menyeberang sungai sungai yang besar dan dalam, meredah hutan tebal di tengah tengah muka bumi sabah..berbaloi kah dengan elaun sebanyak itu? bayangkan dlm hutan tebal khatulistiwa, kalau lah terserempak dengan binatang buas, binatang berbisa...berapa la punya jauh utk kita dapatkan bantuan?
sa rasa, lebih baik kerajaan bina kemudahan jalan raya ( melalui jalan jalan yg terbina hasil pembalakan..entah haram entah halal..)..jauh macam mana pun perjalanan, kalau mempunyai infrastruktur yg baik ,itu sudah mencukupi.

View user profile http://jiwang.la/ratu17

Borneo


NunukRagang Moderators
NunukRagang Moderators
Ya bah. Kita ambil contoh yang terdekat area KK iaitu di kampung Terian dan Buayan serta Longkogungan belum mempunyai jalanraya sedangkan bukan jauh sangat dari KK dan hingga sekarang masih lagi guru-guru dan penduduk berjalan kaki ke sana. Tapi, ramai juga peminat yang mahukan elaun tersebut kerana kata mereka boleh menambah pendapatan mereka dengan elaun tersebut.


_________________
Atagak Boros Atagak Kalansanan
View user profile

mayangsari


New NR Members
New NR Members
sepa tidak mau duit kan encik borneo...tapi duit tu nda pula sa rasa boleh bagi keselesaan dlm perjalanan...sebab, masih menggunakan kaki utk berjalan...jauhh pula tu..macam sk buayan tu...aduhaiiiiiii...terus kembang betiss oh hari hari naik bukit...

View user profile http://jiwang.la/ratu17

Borneo


NunukRagang Moderators
NunukRagang Moderators
mayangsari wrote:sepa tidak mau duit kan encik borneo...tapi duit tu nda pula sa rasa boleh bagi keselesaan dlm perjalanan...sebab, masih menggunakan kaki utk berjalan...jauhh pula tu..macam sk buayan tu...aduhaiiiiiii...terus kembang betiss oh hari hari naik bukit...

Yalah mayang...kata kawan-kawan di sana tu, elaun yang kena bagi mengikut tahap kesusahan iaitu rm500 tak ada karan, rm500 tak ada jalan raya, rm500 tak ada air. Entahlah betulke tidak.


_________________
Atagak Boros Atagak Kalansanan
View user profile

mayangsari


New NR Members
New NR Members
by Borneo:
Yalah mayang...kata kawan-kawan di sana tu, elaun yang kena bagi
mengikut tahap kesusahan iaitu rm500 tak ada karan, rm500 tak ada jalan
raya, rm500 tak ada air. Entahlah betulke tidak.

ada seorang kenalan yg ditukarkan ke sekolah lain kerana naik pangkat...utk sampai ke sekolah yg ini murid2 dan guru2 kena menyeberang sungai besar.Guru2 di sana mendapat elaun sebanyak RM500.
Tapi kalau saya laah..adiee..sempat lagi saya kena sakit jantung sebab berdebar2 masa mo seberang sungai...belum masuk lagi cerita buaya pernah timbul di situ...inda la saya mau tu rm500..pernah masuk TV3 bah tu sekolah..pasal teruk dia punya jalan..
ada lagi satu sekolah yg mana , kita sempat digigit pacat kalau dlm perjalanan kluar masuk dari sekolah itu ke pusat bandar... Shocked

View user profile http://jiwang.la/ratu17

Borneo


NunukRagang Moderators
NunukRagang Moderators
mayangsari wrote:by Borneo:
Yalah mayang...kata kawan-kawan di sana tu, elaun yang kena bagi
mengikut tahap kesusahan iaitu rm500 tak ada karan, rm500 tak ada jalan
raya, rm500 tak ada air. Entahlah betulke tidak.

ada seorang kenalan yg ditukarkan ke sekolah lain kerana naik pangkat...utk sampai ke sekolah yg ini murid2 dan guru2 kena menyeberang sungai besar.Guru2 di sana mendapat elaun sebanyak RM500.
Tapi kalau saya laah..adiee..sempat lagi saya kena sakit jantung sebab berdebar2 masa mo seberang sungai...belum masuk lagi cerita buaya pernah timbul di situ...inda la saya mau tu rm500..pernah masuk TV3 bah tu sekolah..pasal teruk dia punya jalan..
ada lagi satu sekolah yg mana , kita sempat digigit pacat kalau dlm perjalanan kluar masuk dari sekolah itu ke pusat bandar... Shocked

Betul tu mayang. Kesusahan fikiran dan stres mana boleh digantikan dengan wang yang hanya beberapa ratus saja. Tidak berbaloi dengan kesusahan yang dialami. Sepatutnya pembangunan yang dilaksanakan hendaklah seimbang antara di bandar dengan luar bandar supaya semua rakyat dapat menikmati kesenangan hidup sama rata. Kita lihat sekarang pembangunan di bandar lebih berfokus ke bandar sehingga terabai jalanraya luar bandar dan sebab itulah terdapat sekolah yang masih lagi belum mempunyai jalanraya yang bagus ( kemudahan asas ).


_________________
Atagak Boros Atagak Kalansanan
View user profile

mayangsari


New NR Members
New NR Members
by Borneo:
Betul tu mayang. Kesusahan fikiran dan stres mana boleh digantikan
dengan wang yang hanya beberapa ratus saja. Tidak berbaloi dengan
kesusahan yang dialami. Sepatutnya pembangunan yang dilaksanakan
hendaklah seimbang antara di bandar dengan luar bandar supaya semua
rakyat dapat menikmati kesenangan hidup sama rata. Kita lihat sekarang
pembangunan di bandar lebih berfokus ke bandar sehingga terabai
jalanraya luar bandar dan sebab itulah terdapat sekolah yang masih lagi
belum mempunyai jalanraya yang bagus ( kemudahan asas )
.

Betul. pembangunan yg dilaksanakan di bandar memerlukan peruntukkan yang lebih besar dari jumlah yg diperlukan untuk menyediakan jalanraya atau memperbaiki jalanraya yang sedia ada..Peruntukan utk pendidikan ada dinyatakan tetapi tidak semua sekolah memperolehi walhal masalah yng dihadapi oleh semua sekolah berkenaan ada sama..macam mana tu ah?

View user profile http://jiwang.la/ratu17

tuhau


New NR Members
New NR Members
Helo dan salam perkenalan buat semua forumers NR... terasa insaf dan timbul pula rasa syukur dalam diri sy bila terbaca pengalaman guru-guru pedalaman di Sabah...terutamanya di SK Buayan, SK Abuan, SK Saliliran dan sekolah -sekolah lain yang kurang infrastrukturnya terutamanya dari segi perhubungan jalan... Sy berasal dari KK tetapi ditempatkan di salah sebuah sekolah pedalaman di Kapit,Sarawak 2 tahun yang lepas... Walaupun perjalanan ke sekolah memakan masa hampir 7 jam dari bandar Sibu,namun sy masih bersyukur kerana adanya kemudahan pengangkutan sepert bot ekspres, perahu dan Land Cruiser walaupun kadangkala terpaksa berebut dan berhimpit-himpit.. Harap guru-guru pedalaman yg berkhidmat di Sabah tabah dan sabar menghadapi apa jua dugaan dan cabaran... Sesungguhnya andalah juga inspirasi sy untuk terus berkhidmat di sekolah pedalaman demi mendidik anak bangsa kita..

View user profile

Borneo


NunukRagang Moderators
NunukRagang Moderators
tuhau wrote:Helo dan salam perkenalan buat semua forumers NR... terasa insaf dan timbul pula rasa syukur dalam diri sy bila terbaca pengalaman guru-guru pedalaman di Sabah...terutamanya di SK Buayan, SK Abuan, SK Saliliran dan sekolah -sekolah lain yang kurang infrastrukturnya terutamanya dari segi perhubungan jalan... Sy berasal dari KK tetapi ditempatkan di salah sebuah sekolah pedalaman di Kapit,Sarawak 2 tahun yang lepas... Walaupun perjalanan ke sekolah memakan masa hampir 7 jam dari bandar Sibu,namun sy masih bersyukur kerana adanya kemudahan pengangkutan sepert bot ekspres, perahu dan Land Cruiser walaupun kadangkala terpaksa berebut dan berhimpit-himpit.. Harap guru-guru pedalaman yg berkhidmat di Sabah tabah dan sabar menghadapi apa jua dugaan dan cabaran... Sesungguhnya andalah juga inspirasi sy untuk terus berkhidmat di sekolah pedalaman demi mendidik anak bangsa kita..

Hai tuhau...pernah dengar SK Lubang Buaya Sabah? Very Happy


_________________
Atagak Boros Atagak Kalansanan
View user profile

Sponsored content


View previous topic View next topic Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum