NUNUK RAGANG, SABAH MALAYSIA ( RED BANYAN TREE )
Sokonglah laman web tempatan Sabah dengan cara mendaftar dan melibatkan diri dalam perbincangan forum Nunuk Ragang ini. Kalau bukan anda siapa lagi yang akan menyokong generasi kini? Bersama kita membina negeri Sabah yang maju dan makmur melalui perbincangan yang positif dan mudah-mudahan mampu meningkatkan minda generasi kini dan akan datang. Admin Nunuk Ragang

Join the forum, it's quick and easy

NUNUK RAGANG, SABAH MALAYSIA ( RED BANYAN TREE )
Sokonglah laman web tempatan Sabah dengan cara mendaftar dan melibatkan diri dalam perbincangan forum Nunuk Ragang ini. Kalau bukan anda siapa lagi yang akan menyokong generasi kini? Bersama kita membina negeri Sabah yang maju dan makmur melalui perbincangan yang positif dan mudah-mudahan mampu meningkatkan minda generasi kini dan akan datang. Admin Nunuk Ragang
NUNUK RAGANG, SABAH MALAYSIA ( RED BANYAN TREE )
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kami adalah komuniti laman web yang prihatin terhadap perkembangan dan pembangunan minda rakyat Sabah secara positif demi generasi kini dan akan datang.


You are not connected. Please login or register

What is Nunuk Ragang?

5 posters

Go down  Message [Page 1 of 1]

1What is Nunuk Ragang? Empty What is Nunuk Ragang? Thu Sep 04, 2008 2:13 pm

karasumbang

karasumbang
NunukRagang Moderators
NunukRagang Moderators

Please refer to this link about Nunuk Ragang:

http://www.ssl.sabah.gov.my/clh/kebudayaan/lagenda_stories/lagenda_nunuk.htm

Feel free to share with us about Nunuk Ragang.

2What is Nunuk Ragang? Empty Re: What is Nunuk Ragang? Fri Sep 05, 2008 10:50 pm

Borneo

Borneo
NunukRagang Moderators
NunukRagang Moderators

Wah, bagus perkongsian berkaitan Nunuk Ragang ini. Sekurang-kurangnya dapatlah diketahui oleh generasi baru daripada terpupus identiti ini.

3What is Nunuk Ragang? Empty Re: What is Nunuk Ragang? Sun Sep 07, 2008 12:58 pm

Admin

Admin
Admin
Admin

Walaupun merupakan legenda tetapi itulah panduan dan yang dikatakan asal-usul tradisi orang-orang KDM.

https://nunukragang.forumotion.net

4What is Nunuk Ragang? Empty Re: What is Nunuk Ragang? Thu Sep 11, 2008 2:04 pm

walaitokou

walaitokou
NunukRagang Moderators
NunukRagang Moderators

Menurut lagenda, Nunuk Ragang ialah tempat asal-usul kaum Dusun dan kini telah berselerak di Sabah dan merata tempat.

http://sabah.forumotion.com/

5What is Nunuk Ragang? Empty Re: What is Nunuk Ragang? Thu Sep 11, 2008 11:15 pm

bushido


New NR Members
New NR Members

Nunuk ragang ini mempunyai versi masing-masing bagi setiap suku. Dalam suku Momogun Rungus, Nunuk Ragang adalah merujuk kepada nenek moyang mereka. Nunuk Ragang adalah pokok yang getahnya berwarna merah seperti darah manusia. Pokok tersebut telah tumbuh di atas kubur Nunuk Ragang. Nunuk Ragang adalah nama bapa Aki Rungsud, Aki Longguvai dan Aki Tomui [Turumpok]. Mereka ini ada ramai adik beradik tetapi hanya ada 3 lelaki sahaja yang slebihnya adalah perempuan.

Disebabkan pokok itu pelik dan tumbuh di kubur Aki Nunuk Ragang maka mereka percaya bahawa pokok itu adalah jelmaan bapa mereka sendiri. Maka akhirnya pokok itu di namakan sebagai Aki Nunuk Ragang dan pokok itu juga di puja dan di sembah oleh masyarakat di situ.

Adapaun anak Aki Nunuk Ragang yang sulung adalah Aki Rungsud [rungus] maka seperti kopizo bapa mereka Aki Nunuk Ragang bahawa Aki Rungsud harus meninggalkan kg halaman mereka sehingga ke pesisir pantai dan Aki Longguvai [kadazan penampang] harus ikut Aki Rungsud ke pesisir pantai utk mempertahankan tanah nenek moyang.
Manakala Aki Tomui [Turumpok] akan tinggal di tempat itu di Tompios sebagai Tandon Tongkob. [budaya ini masih wujud dalam suku rungus hingga hari ini]. Tandon tongkob bermakna mewarisi tanah ibu bapa.

Kenapa Aki Rungsud perlu tinggalkan kampung halaman dan perlu pertahankan pesisiran pantai? Ini mungkin satu pertanyaan kenapa? Menurut Aki Nunuk Ragang dia mendapat satu kopizo = wahyu yang pada mulanya tidak dapat di fahami apa maknanya. Dia mendapat satu mimpi berkaitan dengan anak sulungnya iaitu Rungsud. Dalam mimpinya Rungsud di gambarkan sebagai "Koniu om Mangkahak". Aki Nunuk Ragang menjadi risau sama ada mimpi ini satu kopizo buruk akan terjadi. Namun setelah di tafsirkan oleh para Bobolizan maka akhirnya di dapati bahawa Kopizo tersebut adalah merupakan satu bayangan yg akan terjadi pada masa depan ttg Keturunan Aki Rungsud.

Menurut Bobolizan setelah mereka melihat pelbagai sudut termasuk garis tangan Aki Rungsud, mimpi Aki Nunuk Ragang itu adalah menggambarkan masa depan yang baik di mana keturunan Aki Rungsud akan bertambah ramai dan keturunannya setia kepada adat dan hukum nenek moyang.

Koniu = helang yang membawa makna "misosondiu no ot momodlohing dot pingkakat dot adat om hukum momogun" iaitu begitu ramainya warga tua-tua dalam keturunan Rungsud yang membangunkan hukum dan adat nenek moyang dengan tegas dan mereka bersedia mempertahankan bangsa seperti kekuatan helang.

Mangkahak = gagak rimba yang membawa makna "miahak-ahak no ot sunivagu pingkakat dot hukum do bansa momogun" iaitu generasi pemuda-pemudi akan berduyun-duyun ramainya dalam bekerjsama membina masa depan masyarakat mereka.

Dengan wahyu ini maka Aki Rungsud mendapat keyakinan sehodup semati utk mempertahankan tanah di bawah gunung kinabalu supaya wahyu yang mengatakan bahawa koniu dan mangkahak ini adalah gambaran bahawa bangsa Momogun akan bertambah ramai dan mereka harus ada tempat dan mereka juga berhubungan dengan dunia luar di pesisir pantai.


Aki Longguvai ikut serta rombongan Aki rungsud sila lihat di : www.momogun.page.tl untuk cerita lanjut.

http://www.momogun.page.tl

Sponsored content



Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum